http://2.bp.blogspot.com/_NGLN8-IACTs/SijSRbw-RKI/AAAAAAAAPTg/p_dhS5RrDLk/s1600/blue1.gif



“Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh”

apa khabar iman antum pada hari ini ?
apa khabar hati antum pada hari ini ?
tanya diri muhasabah diri..



Sunday, March 7, 2010

perbicaraan ku dengan cinta 6




wahai cinta..
maafkan diriku tersalah erti perananmu..
maafkan diriku tersalah erti usahamu..
maafkan diriku tersalah erti dirimu..

kusedar sekarang..bukan niatmu untuk melalaikan sahabatku..
namun hanyalah sahabatku melalaikan diri mereka..
mereka lalai wahai cinta biarkan hanya sedikit ujian tuhan yang diperintahkan kepadamu wahai cinta..

wahai cinta
kutahu kini peranan mu wahai cinta..
kutahu kini usahamu wahai cinta..
kutahu kini dirimu wahai cinta..

kamu dipertanggungjawabkan oleh tuhan yang maha agung untuk menguji para sahabatku..
kerana syurga hanya untuk orang-orang yang layak dan berjaya mengharungi ujian untuk memasukinya..
kerana cinta didalam syurga memiliki nikmat yang agung dan antara yang terbaik..
sebab itu perlunya ujian untuk memilikimu..

tapi..
kenapa..kenapa..kenapa..
para sahabatku tidak sedar akan perkara ini..
tidak ingin tahu akan perkara ini..
tidak nampak akan perkara ini..
mereka leka dalam buaian mimpi cinta yang nikmatnya hanya sementara..
yang menjerumuskan mereka kedalam zina dan maksiat..
yang membuat mereka tidak lagi merasai nikmat cinta kelak..
mereka lalai..mereka lalai..mereka lalai..

sedarlah wahai sahabat...

Friday, March 5, 2010

perbicaraan ku dengan cinta 5


cinta..cinta..cinta
sungguh hebat dirimu..
sungguh istimewa dirimu..
tiada azab buatmu..
tiada neraka buat mu..
menjadikan kamu sungguh berani wahai cinta..
menjadikan kamu tiada gentar walau sedikitpun wahai cinta..
kamu melalaikan hati-hati sahabat-sahabat ku wahai cinta..
kamu membuatkan sahabat-sahabat ku leka wahai cinta..
apakah agenda mu dicipta wahai cinta..
kenapa lakukan kekejaman ini wahai cinta..
sungguh tega kau berbuat khianat terhadap sahabat-sahabat ku..
hingga membuatkan sahabat-sahabat ku tidak lagi takut pada Allah...
kenapa wahai cinta..
kau buat hati sahabat-sahabat ku jauh dari redah Allah..
kenapa wahai cinta..
kenapa..kenapa..kenapa..wahai cinta..
kau buatkan hati sahabat-sahabat ku berpaling dari mengharap kasih Allah..
kenapa..kenapa..kenapa..

adakah kerana itu ujianmu wahai cinta..
ujianmu untuk memilih insan yang layak untuk memilikimu wahai cinta..
katakan lah..
aku cuba wahai cinta..aku cuba..
untuk memberi kesedaran pada mereka..
aku cuba untuk membuatkan hati mereka hidup wahai cinta..
aku cuba untuk selamatkan mereka dari kerugian wahai cinta..tolong lah aku..bantulah aku wahai cinta..
sedarkan lah mereka..

sedarkan mereka..
untuk memilikimu dengan sebenarnya hanya dengan cinta pada Allah..
untuk memilikimu dengan sebenarnya hanya dengan kasih pada Allah..
sekirahnya engkau wahai cinta..tidak sanggup menolongku..
aku faham wahai cinta..aku faham tugas mu..
dan ku tahu..hanya Allah lah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan..

Ya Allah..hanya kepada engkau lah hambah mu ini memohon pertolongan ya Allah..bantu lah hambah mu nie ya Allah..bantulah hambah mu nie ya Allah..
bantulah hambah mu nie ya Allah..

Wednesday, March 3, 2010

perbicaraan ku dengan cinta 4

cinta..
sungguh hebat dirimu..
sungguh kejam dirimu..
memerangkap sahabat-sahabat ku jatuh ke lembah kerosakan..
kau perangkap sahabat ku dan memberi mereka kepada nafsu sebagai makanan..

bertapa senangnya kau permainkan sahabat ku..
kau menjadi umpan buat nafsu..
sungguh kejam permainanmu..
sungguh kejam muslihatmu..

wahai sahabat-sahabat ku..
sedarlah..
janganlah terleka..
janganlah terjatuh dalam lembah kemaksiatan..

ya Allah..bantu hambahmu ya Allah..
hindarkan sahabat-sahabatku dari memaksiatimu..
kasihani sahabat-sahabatku ya Allah..
jangan biarkan mereka jatuh dan terus jatuh ya Allah..
hanya kepadamu ku memohon pertolongan..

Tuesday, March 2, 2010

perbicaraan ku dengan cinta 3

wahai cinta..kenapakah engkau merosakkan hati sahabat2 ku..ya Allah bebaskanlah mereka dari belenggu cinta yang salah..cinta bisikan syaitan..virus-virus cinta mu yang membawa ke neraka..

perbicaraan ku dengan cinta 2

cinta..cukuplah menghancurkan iman dan hati2 sahabatku..lepaskan lah mereka dari tipu dayah mu yg hina..berilah mereka kebebasan..ana mohon dgn kamu wahai cinta..

perbicaraan ku dengan cinta 1

cinta..jadilah hamba Allah yang soleh dan solehah..jangan jadi hambah kepada syaitan..ku tahu kamu makhluk yang maya..yang hidup dalam jiwa manusia..tiada azab buatmu dan hanya ada syurga buatmu..kamu makhluk yang istimewa kerana dicipta seiring manusia..namun kenapakah kau lalaikan hati sahabat2 ku..kenapa kau hancurkan keimanan sahabat2 ku..bukan kah Allah telah menciptakan mu untuk memberi kebahagiaan pada manusia