http://2.bp.blogspot.com/_NGLN8-IACTs/SijSRbw-RKI/AAAAAAAAPTg/p_dhS5RrDLk/s1600/blue1.gif



“Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh”

apa khabar iman antum pada hari ini ?
apa khabar hati antum pada hari ini ?
tanya diri muhasabah diri..



Sunday, March 7, 2010

perbicaraan ku dengan cinta 6




wahai cinta..
maafkan diriku tersalah erti perananmu..
maafkan diriku tersalah erti usahamu..
maafkan diriku tersalah erti dirimu..

kusedar sekarang..bukan niatmu untuk melalaikan sahabatku..
namun hanyalah sahabatku melalaikan diri mereka..
mereka lalai wahai cinta biarkan hanya sedikit ujian tuhan yang diperintahkan kepadamu wahai cinta..

wahai cinta
kutahu kini peranan mu wahai cinta..
kutahu kini usahamu wahai cinta..
kutahu kini dirimu wahai cinta..

kamu dipertanggungjawabkan oleh tuhan yang maha agung untuk menguji para sahabatku..
kerana syurga hanya untuk orang-orang yang layak dan berjaya mengharungi ujian untuk memasukinya..
kerana cinta didalam syurga memiliki nikmat yang agung dan antara yang terbaik..
sebab itu perlunya ujian untuk memilikimu..

tapi..
kenapa..kenapa..kenapa..
para sahabatku tidak sedar akan perkara ini..
tidak ingin tahu akan perkara ini..
tidak nampak akan perkara ini..
mereka leka dalam buaian mimpi cinta yang nikmatnya hanya sementara..
yang menjerumuskan mereka kedalam zina dan maksiat..
yang membuat mereka tidak lagi merasai nikmat cinta kelak..
mereka lalai..mereka lalai..mereka lalai..

sedarlah wahai sahabat...

0 comments: