http://2.bp.blogspot.com/_NGLN8-IACTs/SijSRbw-RKI/AAAAAAAAPTg/p_dhS5RrDLk/s1600/blue1.gif



“Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh”

apa khabar iman antum pada hari ini ?
apa khabar hati antum pada hari ini ?
tanya diri muhasabah diri..



Saturday, February 6, 2010

ada apa dengan tudung ?



dah lama saya tak pergi ke kedai gunting rambut. ini adalah kerana saya sangat sukakan rambut saya ni dan rasanya tak perlu di ubah2 lagi.. hehe… dan, ini juga adalah kali pertama saya berambut panjang… jadi, satu hari, saya bertanyakan kepada pelajar-pelajar kelas saya, yang mana, majoritinya adalah kaum bukan melayu. kat mana kedai gunting rambut yang best (sebab saya sangat frust rambut saya tak cantik lepas digunting.. terasa rugi rambut2 yang dah digunting tu… huhu). selain dari best, kedai tu mestilah tiada pekerja lelaki, dan tiada pelanggan lelaki, dan milik orang melayu. mana tahu, ada kedai gunting melayu kat sini…

tiba2, topik mencari kedai gunting rambut seperti ciri2 yang saya inginkan dah berubah. ini kerana ada seorang pelajar bukan kaum melayu bertanyakan pada saya…

pelajar: cikgu woo, cikgu kan pakai tudung, kenapa nak kena gunting rambut, cantik2kan rambut? bukan ada orang nampak pun…
saya: suami cikgu nampak…
pelajar: hah? suami cikgu sorang tengok pun kena cantik2 ke?
saya: mestilah.. kalau isteri cantik2 untuk suami, dapat pahala..
pelajar: oooo… habis, kalau orang datang rumah cikgu woo, cikgu pakai tudung ke tak?
saya: mestilah pakai
pelajar: macam mana cikgu nak pakai.. takkan orang dah masuk rumah baru pakai..
saya: sebelum buka pintu, pakailah dulu..
pelajar: habis, nanti orang tu tunggu lama?
saya: bukan susah pun pakai tudung.. sekejap je..

dan, bermacam2 soalan lagi ditanya (sila maklum, saya memang rajin melayan budak2 bersembang.. :P ). hinggalah satu soalan ni (dah banyak kali soalan ni ditanya oleh pelajar2 bukan melayu yang lain sebelum ni)

pelajar: cikgu wooo, kenapa saya tengok ada perempuan melayu yang tak pakai tudung? atau, kat sekolah dia pakai tudung, tapi bila kat luar dia tak pakai tudung?

saya tak nak cerita apa yang selalunya saya jawab….

tapi,

saya nak tahu, kalau anda, apakah jawapan anda?

0 comments: