http://2.bp.blogspot.com/_NGLN8-IACTs/SijSRbw-RKI/AAAAAAAAPTg/p_dhS5RrDLk/s1600/blue1.gif



“Assalamu ‘alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh”

apa khabar iman antum pada hari ini ?
apa khabar hati antum pada hari ini ?
tanya diri muhasabah diri..



Sunday, February 28, 2010

PERSOALAN SYURGA

Firman Allah Taala:

وبشرالذين امنوا وعملواالصلحت ان لهم جنت تجري من تحتهاالانهر.

(Al-Baqarah 25)

Maksudnya; Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh bahawa bagi mereka diadakan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

.

Firmannya lagi:

والذذين ءامنوا وعملوالصلحت اولاءك اصحب الجنة , هم فيها خمدون.

(Al-Baqarah 82)

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah penghuni syurga, nereka kekaldi dalamnya selama-lamanya.



1. Di akhirat nanti Allah sediakan dua tempat, satu dipenuhi nekmat, syurga namanya, dan satu lagi tempat sangsara, neraka namanya.
2. Syurga untuk orang-orang yang beriman dan beramal soleh, manakala neraka untuk orang-orang kafir, zalim dan fasik.
3. Syurga ada lapan:

(i) Darul-Jalal : dibuat dari mutiara putih untuk orang2 yang bertaubat.

(ii) Darus-Salam: dibuat dari yaqut merah untuk orang2 sabar.

(iii) Jannatul-Makwa: dibuat dari zabarjad hijau untuk orang2 yang sangat

takut dengan Allah.

(iv) Jannatul-Khuld: - dibuat dari marjan merah dan kuning untuk orang2 yang taqwa.

(v) Jannatun-Na'im : dibuat dari perak yang putih untuk orang2 yang

kasihkan Allah.

(vi) Jannatul-Qoror: dibuat dari kasturi, juga untuk orang2 yang sangat

kasihkan Allah.

(vii) Jannatul- 'adn : dibuat dari mutiara putih untuk al-'arif billah.

(viii) Jannatul-Firdaus: dibuat dari emas merah untuk orang2 yang redha

dengan qadha Allah.

4. Syurga ada 8 pintu:

Pertama: untuk Rasul-rasul, ambia' dan syuhada'

Kedua: untuk orang2 yang memelihara sembahyang dan udzu' nya.

Ketiga: untuk orang2 yang mengeluarkan zakat.

Keempat: untuk ahli2 amar ma'aruf dan nahi munkar.

Kelima: untuk orang2 yang melawan hawa nafsunya.

Keenam; untuk pemilik Haji dan Umrah yang mabrur.

Ketujuh: untuk orang2 yang berperang fi sabilillah.

Kelapan untuk orang2 yang memejamkan matanya dari melihat yang

haram.

5. Di antara nama-nama sungai di syurga ialah – Kafura, Tasnim, Kauthar,

Salsabil dan Rokhum-makhtum. Airnya ada 4 jenis:

(i) air jernih yang tiada keruh-keruh

(ii) air susu yang tiada berubah rasanya

(iii) air madu yang lebih bersih daripada lilin.

(iv) arak yang tidak memabukkan peminumnya.



6. Pakaian: - tiap-tiap seseorang ada 70 pakaian, 70 warna dari nur Ar-Rahman.

- tiap-tiap satu sa'at (jam) salin satu pakaian.

- pakai gelang kaki emas dan perak hingga ke betis, bila satu gugur

dengungnya kedengaran selama 500 tahun. Kalau ahli dunia dengar

nescaya mati kerana terlalu rindu dengan syurga.

- cincin dipakai pada tiap-tiap jari yang sepuluh,dibuat daripada emas,

perak, mutiara, yaqut, zabarjad, 'aqiq, permata, jauhar putih, jauhar

merah dan zamrud hijau,

- mahkota daripada emas merah , ada 4 rukun dari yaqut merah,caha-

yanya lebih terang daripada matahari dan bulan



.7.. Bau-bauan:

Burung syurga menyelam dalam laut kasturi, ' ambar dan lain-lain,

kemudian mengibaskan kepalanya. Harumlah ahli syurga buat

selama-lamanya.



8. Kenderaan:

Pakaian bersayap, boleh terbang ke mana sahaja. Kuda daripada

yaqut merah, pelananya daripada yaqut hijau.



9. Kota: - ada 7 lapis, dp emas, perak, zabarjad, lo'lo', dur-run (permata

besar-besar), yaqut dan nur.

- antara dua kota 500 tahun perjalanan.

- ada bandar-bandar, tiada jual-beli, ambil sahaja apa yang teringin.



10. Makanan:

(i) Buah-buahan - buah khurma dan delima.

فيها فا كهة ونحل ورمان

- bidara yang tiada berduri dan tiada berkulit.

- pisang.

في سدر محضود وطلح منضود وظل ممدود



(ii) Burung sebesar unta, bila ahli syurga makan buah-buahan dan

minum air dari sungai syurga, burung minta dirinya dimakan,

kemudian ia jatuh dan terus jadi hidangan yang lazat. Setengah dipanggang, setengah digoreng. Ahli syurga makan hingga tinggal tulang. Tulang berkumpul dan jadi burung semula dan terbang sambil bertasbih.



11. Hiburan:

- penyanyinya daripada bidadari,

- serunai bergayut pada dahan pokok, tiap-tiap pokok ada

70000 serunai. Angin bertiup dari bawah 'arasy, serunai

berbunyi dengan amat merdunya. Daun-daun berdesiran

seperti bermain muzik mengiringi nyanyian bidadari.



12. Ahli syurga kembali menjadi muda, yang lelakinya cantik seperti Nabi

Yusof., makin lama makin cantik.

Besar badannya seperti Nabi Adam- tingginya 60 hasta, besarnya 7

hasta, umurnya sekitar 33 tahun seperti umur Nabi 'Isa, memiliki ke-



kuatan 100 orang pada makan, minum dan jimak.

Tidak ada berak, kencing, hingus, mani, kahak dan haidh. Tidak ada bulu

melainkan kening, bulu mata dan rambut kepala.



13. Anak Bidadari:

- dari nur seperti yaqut dan marjan.

- tiada mahu melihat mana-mana lelaki lain melainkan suaminya sahaja.

- belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki manusia dan jin.

- sentiasa bikir, dapat dilihat lemak betisnya, kulitnya seperti kaca yang

hijau ataua putih yang boleh dilihat minuman yang merah di dalamnya.

- mukanya ada 4 warna- putih, hijau, kuning dan merah.

- setiap mukmin ahli syurga paling kurang dapat 72 bidadari.

- boleh lihat muka sendiri dari pipi isterinya kerana muka isterinya lebih

jernih dari cermin.

- isterinya dalama dunia dulu sentiasa bikir, mereka jadi penghulu segala

Bidadari.



14. Nekmat Agung – Melihat Wajah Allah.

(a) Allah kumpulkan semua ahli syurga lalu memerintahkan Nabi Ibrahim

. membaca daripada suhufnya, kemudian Nabi Musa disuruh membaca

Tauratnya dan Nabi 'Isa membaca Injilnya. Selepas itu Allah meme-

rintahkan Nabi Daud membaca Zaburnya lalu Daud pun membacanya

dengan 90 lagu. Semua menangis dan gementar kerana merdunya

suara Nabi Daud. Allah pun bertanya, "Pernahkah kamu mendengar

suara yang lebih merdu?" Mereka menjawab,"Tidak." Kemudian

Muhammad membaca surah Toha dan Yaasin. Rupa-rupanya suara

Muhammad 70 kali lebih merdu dari suara Daud.

(b) Allah bertanya lagi,"Adakah kamu mahu mendengar bacaan dari Tu-

hanmu?" Allah pun membaca dari surah Al-An'am atau surah Ar-Rah-

man. Hilang segala yang maujud kerana rindu dendamnya kepada

Allah seperti orang yang sedang mabuk.

(c) Kemudian Allah berfirman lagi, "Adakah tinggal lagi sesuatu yang

belum kamu terima ?"

(d) Ahli syurga menjawab," Bahkan, tinggal bagi kami melihat wajahmu

yang Karim!"

(e) Firman Allah,"Hai! Malaikat Kurub!Angkat olehmu akan hijab anta-

raku dan antara hambaku." Maka bertiuplah angina, bercahayalah

segala muka, bersamaan segala hati, berbahagia segala jasad dan ber-

suara segala burung. Kemudian diangkat hijab Al-A'zam.

(f) Allah menyeru,"Siapa Aku?" Ahli syurga menjawab,"Engkaulah

Allah." Allah berfirman lagi,"Aku Salam dan kamu muslimun, Aku

Mukmin dan kamu mukminun, Aku Mahjub dan kamu mahjubun

inilah Kalam dan dengar olehmu akan dia, inilah Nur dan pandang-

lah olehmu akan dia dan inilah Wajahku dan telek olehmu akan dia.

(g) Bercahaya sekelian muka dan diam 300 tahun lamanya, terbelalak,

bertasbih dan memuji-muji Allah.

(h) Ahli syurga minta izin untuk sujud. Allah jawab kampung ini tiada

sujud dan tiada rukuk kerana ini tempat balasan. Namun Allah izinkan juga sujud untuk kali ini sahaja. Semua sujud termasuk

pokok buah-buahan, mahligai-mahligai, qubah-qubah, khemah-khe-

mah, bilik-bilik, sungai-sungai, bidadari-bidadari dan wildan-wildan.

40 tahun lamanya tenggelam dan kenikmatan sujud kepada Allah.

0 comments: